Wednesday, August 13, 2014

ELEMEN ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA

Persempadanan Semula Bahagian Bahagian Pilihan Raya


  • -SPR bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan bahagian Pilihan Raya Perlimen dan Negeri .
  • -SPR perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun



Pendaftaran Pemilih
  • Pemilih itu mestilah mendaftar dengan SPR sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya
  • Seseorang itu layak mendaftar jika dia seorang warganegara berumur tidak kurang 21 tahun pada tarikh kelayakan
  • Hilang Kelayakan Pemilihan
  • Ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara
  • Telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan
  • Masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan

Semakan Daftar Pemilihan
  • Dijalankan sepanjang tahun
  • Daftar daftar pemilih baru disediakan setiap tiga bulan sekali dan dipamerkan selama 7hari bg tujuan urusan tuntutan dan bantahan
  • Daftar pemilih utk tahun berkenaan akan disahkan dalam tempoh sebulan selepas dipertimbangkan
  • Nama nama pemilih yg sudah meninggal dunia/hilang kelayakan mengikut undang undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan
  • Kelayakan Calon
  • ž  Calon yg bertanding boleh mewakili sesuatu parti/bertanding sbg calon bebas
  • ž  Seseorang itu layak menjadi jika memenuhi syarat syarat berikut :

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin diMalaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon
  • Tinggal dinegeri dimana dia akan bertanding
Seseorang calon akan hilang kelayakan sekiranya dia :
  • -Diistiharkan tidak siuman
  • -Bankrup
  • -Memegang jawatan berkepentingan “office of profit”
  • -Gagal mengemukakan laporan perbelajaan pilihan raya
  • -Telah didapati bersalah oleh Mahkamah diMalaysia dan dijatuhi hukuman penjara utk tempoh tidak kurang dari setahun
  • Pilihan Raya utk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diakan sekali didalam tempoh 5 tahun kecuali jika dibubarkan awal
  • Pilihan Raya Umum diakan didalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan


Proses Pilihan Raya
  • Pilihan Raya Umum/Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh SPR bagi calon calon mengemukakan kertas kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurusan
  • Satu notis akan ditawarkan utk menetapkan tarikh tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi

Kempen
  • SPR telah merangka peraturan peraturan utk berkempen seperti yang tertera didalam Akta Kesalahan Pilihan Raya(Pindaan)2002
  • Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan diberhentikan pada jam 12 pm sebelum hari mengundi
  • Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar , SPR mempunyai kuasa untuk melantik pegawai penguatkuasa dan membentuk satu/lebih pasukan penguatkuasa disetiap bahagian pilihan raya parlimen jika difikirkan perlu .
  • Tugas pasukan ini adalah utk memantau aktiviti sepanjang pilihan raya berlangsung
  • ž  Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya akan disediakan dan perkara perkara ini perlu diberi perhatian oleh calon calon dan petugas petugas parti
  • ž  Lazimnya kempen pilihan raya adalah berupakan :

  1. Pengedaran risalah surat dan poster
  2. Ceramah tertutup dan ceramah umum
  3. Kempen dari rumah ke rumah
  4. Parti parti politik dibenarkan membentangkan dan memperjelaskan manifesto
ž  Deposit akan dipulangkan sekiranya calon calon gagal menanggalkan poster , sepanduk dan sebagainya didalam tempoh 14hari selepas hari mengundi
ž  Pihak polis akan mengeluarkan garis garis panduan kpd calon bertanding dr masa ke semasa bg melancarkan kempen pilihan raya

Hari Mengundi
  • Hari mengundi merujuk kpd hari pemilih pemilih membuang undi
  • Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya
  • Namun waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8 pagi hingga 5 petang di seluruh Malaysia
  • SPR biasanya akan mengeluarkan notis utk memaklumkan kpd orang ramai tentang perkara perkara pilihan raya seperti tarikh mengundi , lokasi tepat mengundi , waktu mengundi disemua tempat mengundi , lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi
  • Setiap tempat mengundi mempunyai seorang Ketua Tempat mengundi yang mengawal selia proses pengundian
  • Beliau dibantu oleh kerani mengundi dan kerani kira undi

Barung SPR
  • Undang undang pada masa ini melarang calong calon mendirikan pondok kediaman dimana mana pusat mengundi di dalam kawasan tempat calon bertanding
  • Tetapi parti parti politik dibenarkan utk mengadakan bilik koperasi sekiranya terletak di luar jarak 50 meter dari pusat mengundi
  • SPR mendirikan barung SPR di pusat pusat mengundi bagi melancarkan perjalanan pengundi
  • Tujuan barung ini didirikan adalah utk membantu pemilih pemilih menyemak nombor siri mereka didalam daftar pemilih dan saluran supaya pengundi berjalan dgn teratur
  • Kebenaran Untuk Memasuki Tempat Mengundi
  • Hanya pemilih pemilih yang ama mereka terdapat didalam daftar pemilihan bg sesuatu tempat mengundi sahaja boleh dibenarkan masuk membuang undi .
  • Kad pengenalan diri pemilih yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara digunakan sbg pengenalan diri dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi
  • Bagi memastikan keadaan terkawal dan menetukan kerahsiaan undi , hanya pegawai pegawai yg dibenarkan oleh suruhan jaya pilihan raya sahaja memasuki tempat mengundi

Cara Cara mengundi
  • Seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon sahaja dengan menandakan “X” bersebelahan nama calon
  • Selepas itu pengundi perlu melipat kertas undi mengikut garisan kertas undi dan memasukkannya kedalam peti undi yg disediakan
  • Jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan Rakyat & Dewan Undangan Negeri) kertas kertas undi mestilah ditanda , dilipat dan dimasukkan kedalam peti undi yg berasingan yang telah ditanda sama ada Parlimen atau Negeri

Undi Pos
  • Undi Pos dihantar dengan pos seawal yg mungkin kepada pemilih yg layak mengundi melalui pos
  • Kertas undi pos mestilah sampai kpd pegawai pengurus selewat lewatnya jam 5 petang pada hari mengundi
  • Prosedur prosedur yg lengkap telah disediakan utk menjaga kerahsiaan undi

Ejen Mengundi
  • Undang undang membenarkan calon melantik ejen mengundi bagi tujuan menjaga kepentingan calon disetiap tempat mengundi di sepanjang masa
  • Peranan ejen adalah untuk memastikan proses pengundian dijalankan mengikut undang undang dan peraturan peraturan yang berkaitan .

Pengiraan Undi
  • Pengiraan undi dijalankan oleh ketua tempat mengundi ditempat mengundi/disatu pusat pengiraan undi yg telah ditetapkan
  • Undi pos bagi sesuati bahagian pilihan raya dikira oleh pegawai pengurus dipusat pengiraan undi yg ditetapkan
  • Semasa undi kira , hanya ahli ahli pegawai SPR dan yang dibenarkan (kerani mengira undi , calon , wakil ejen mengira undi) sahaja yg dibenarkan memasuki tempat mengundi
  • Kehadiran ejen ejen calon adalah utk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut proses yg betul utk memastikan urusan pengiraan undi itu adil dan telus
  • Petisyen Pilihan Raya
  • Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab berikut :
  • Sogokkan
  • Peras ugut
  • Sebarang laku yang menjejaskan pilihan raya
  • Perbuatan rasuah menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh calon dan ejen-ejen
  • Patiseyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke mahkamah tinggi dalam masa 21hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam warta
  • Selepas menjalankan perbicaraan ke atas petiseyan berkenaan,jika hakim pilihan raya memutuskan bahawa pilihan raya baru akan diadakan di kawasan tersebut

Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya
  • Seseorang calon layak membelanja wang pilihan raya tetapi tidak melebihi RM200,000 bagi dewan rakyat
  • RM100,000 bagi dewan undangan negeri
  • Laporan perbelanjaan mesti dihantar kepada pengarah pilihan raya negeri dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh keputusan disiarkan
  • Kegagalan mengemukakan dalam tempoh yang ditetapkan merupakan kesalahan dibawah akta kesalahan pilihan raya 1954
  • Penyimpanan Dan Pelupusan
  • Dokumen ini mestilah disimpan di dalam peti atau peti-peti khas dan dikunci dengan saksi oleh ejen-ejen calon.
  • Peti khas ini akan disimpan selama 6 bulan dibawah pengawasan pegawai pengurus
  • Pengarah pilihan raya negeri akan menyimpan daftar  pemilih yang ditanda dan juga kaunter fail kertas undi bagi menjamin kerahsiaan undi
  • Peti itu hanya boleh dibuka atas arahan hakim mahkahmah tinggi
  • Selepas 6 bulan pegawai pengurus mendapat kebenaran dari SPR supaya melupuskan kertas undian dan dokumen berkenaan
  • Pegawai pengurus akan mengemukakan sijil pelupusan kepada pengarah pilihan raya negeri


UNDANG UNDANG DAN PERATURAN PILIHAN RAYA

Antara undang-undang dan peraturan yang digubal ialah :
-Perlembagaan Persekutuan
-Perlembagaan Negeri
-Akta Pilihan Raya
-Akta Kesalahan Pilihan Raya(Akta 5)
-1958 (Akta 19)
-Peraturan Peraturan (Perjalanan Pilihan -Raya)Pilihan Raya 1981
-Peraturan Peraturan (Pendaftar Pemilih)Pilihan Raya 2002

-Peraturan Peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya 2003

SISTEM PILIHAN RAYA DIMALAYSIA

              -  Sejak tahun 1957,  Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti

             -Sistem yang di gunakan di Malaysia ialah berasaskan ‘ First-Past-The-Post System ‘

SURUHAN JAYA PILIHAN RAYA DAN PERJALANAN PILIHAN RAYA DIMALAYSIA


-Suruhan Pilihan Raya (SPR) Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan

-Urusan dan perjalanan pilihan raya di malaysia telah dipertangunggjawabkan sepenuhnya kepada SPR

-Peranan SPR ialah untuk menyelia dan menjalankan yang adil dan saksama

-Fungsi SPR ialah, mengkaji dan membuat persempadan bahagian

-SPR menubuhkan sebuah urusetia yang diketuai oleh seseorang Setiausaha


-Setiausaha bertindak sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir  Urus Setia

JENIS JENIS PILIHAN RAYA

-Primary Elections

-Pilihan Raya Off ( Run Off Election )


-Pilihan Raya Tempatan

FUNGSI PILIHAN RAYA

-Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi

- Mengekalkan pucuk pimpinan

 -Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan


 -Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam satu organisasi dan komuniti politik .

SEJARAH PILIHAN RAYA DIMALAYSIA

Pilihan raya yang pertama telah diadakan pada 27 Julai 1955 .
Parti yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ini ialah Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO , MCA dan MIC
Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan

Dalam sistem demokrasi berparlimen , rakyat ialah penentu kepada pembentukan kerajaan melalui setiap 5 tahun sekali .  

DEFINISI PILIHAN RAYA

Pilihan raya boleh di jalankan dalam mana-mana organisasi sama ada swasta atau syarikat, kesatuan sekerja untuk memilih wakil mereka atau menyelesaikan satu-satu masalah dasar atau badan atau institusi kerajaan. Umum menyifatkan pilihan raya sebagai satu membuat pilihan politik melalui undian. Ia digunakan untuk memilih pemimpin dan untuk menentukan satu isi. Melalui pilihan raya , pengundi boleh memilih calon yang di kemukakan kepada mereka menyelesaikan isu-isu masyarakat

PENGENALAN

Pilihan raya adalah mekanisma utama dalam membuktikan sistem demokrasi yang dipratikkan oleh sesebuah negara . Rakyat negara ini telah melalui pelbagai pengalaman pilihan raya sama ada diperingkat persekutuan atau negeri . Malahan peluang membuang undi telah pernah dinikmati oleh rakyat negara ini sebelum merdeka lagi, iaitu pada tahun 1951 dan 1955.